Khamis, 13 November 2014


PERTANDINGAN BOLA SEPAK LIGA UMNO BATU PAHAT DAN PIALA FA YANG DI ADA KAN PADA SETIAP HARI AHAD DI PADANG SEKOLAH KORIS ANJURAN PERGERAKKAN PEMUDA UMNO BATU PAHAT


PERJUMPAAN BERSAMA TN HJ KHAIRUL AZWAN BIN DATO HARUN (NAIB KETUA PEMUDA MALAYSIA MERANGKAP AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO MALAYSIA) BERTEMPAT DI PEJABAT UMNO BATU PAHAT





PROGRAM CERAMAH ANJURAN BERSAMA PENDUDUK KG SG SULOH BESAR BERSAMA PERGERAKKAN PEMUDA UMNO BATU PAHAT SERTA RADIO PEMUDA BP FM YANG DI MEMBUAT SECARA LANGSUNG UNTUK ANDA MENDENGAR MELALUI HANDFON.

Rabu, 12 November 2014

Fakta Mengenai Batu Pahat

Fakta Mengenai Batu Pahat




Batu Pahat (dikenali sebagai Bandar Penggaram) merupakan sebuah daerah di pantai barat Semenanjung Malaysia, di negeri Johor. Daerah ini terletak di tenggara Muar, barat daya Kluang, timur laut Pontian dan selatan Segamat. Daerah Batu Pahat adalah salah satu daripada lapan daerah di Johor. Pada tahun 2008, Batu Pahat di tangga ke-12 di Malaysia sebagai bandar besar yang berkepadatan tinggi.

Batu Pahat terletak sejauh 239 kilometer di selatan Kuala Lumpur. Bandar terdekat dengan Batu Pahat ialah Muar yang terletak 50 kilometer ke utaranya. Bandar Kluang pula berada 52 kilometer di timur. Johor Bahru terletak lebih kurang 70 hingga 100 kilometer ke arah tenggara. Bandar Batu Pahat terletak di tepi beberapa kilometer dari kuala Sungai Batu Pahat mengalir ke Selat Melaka.
Sejarah
Asal usul nama Batu Pahat disusur kembali melalui legenda abad ke-15 apabila tentera Siam menyerang tempat batu yang dipahat di kampung Minyak Beku bagi mendapatkan bekalan air bersih semasa pengunduran mereka. Ketika itu, mereka sedang dikejar oleh tentera Melaka pimpinan Tun Perak, Bendahara dari kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Pada tahun 1456, tentera Siam yang dipimpin oleh Laksamana Awi Di Chu telah menduduki Batu Pahat dahulu sebelum menyerang Melaka. Menurut kisah lain, selepas Portugis menduduki Melaka, dipercayai bahawa batu-batu granit yang digunakan untuk membina Kota A Famosa diperoleh daripada muara Sungai Batu Pahat. Maka bandar Batu Pahat mendapat namanya daripada "batu yang dipahat" di muara itu.
Terkenal kerana ikan masin pada suatu ketika dahulu, Batu Pahat sebelum ini dikenali sebagai "Bandar Penggaram" yang bermaksud "bandar pembuat garam". Bandar Penggaram dibuka pada 1 Januari 1894 oleh Dato' Muhamad Salleh bin Perang, Dato' Bentara Luar Johor atas titah Sultan Abu Bakar, sultan Johor ketika itu.


"Aku disusahkan oleh dua Penghulu Rahmat dan Kitam. Dua tiga kali berjumpa dengan aku minta engkau membuka Batu Pahat. Aku jawab dengan Rahmat dan Kitam, jangan engkau semuanya sumpah dan tidak ikut apa-apa perintah dia kelak. Dia jawab pada aku, tidak sekali-kali. Aku fikir bolehlah engkau buka Batu Pahat itu, mana-mana tempat anggaran engkau hendak jadikan Bandar..."
Titah Sultan Abu Bakar kepada Dato' Muhamad Salleh bin Perang.

Kini Batu Pahat terus membangun dan muncul sebagai salah satu daerah yang termaju di negeri Johor Darul Takzim dan mempunyai potensi yang besar untuk terus maju pada masa hadapan.
Pembahagian pentadbiran dan kawasan
Mukim di Batu Pahat
Daerah Batu Pahat terbahagi kepada 14 buah mukim iaitu :
  • Mukim Lubok (Mukim I)
  • Mukim Bagan (Mukim II)
  • Mukim Peserai (Mukim III)
  • Mukim Simpang Kiri (Mukim IV)
  • Mukim Simpang Kanan (Mukim V)
  • Mukim Linau (Mukim VI)
  • Mukim Tanjung Semberong (Mukim VII)
  • Mukim Sri Gading (Mukim VIII)
  • Mukim Minyak Beku (Mukim IX)
  • Mukim Kampung Bahru (Mukim X)
  • Mukim Sungai Punggor (Mukim XI)
  • Mukim Sungai Kluang (Mukim XII)
  • Mukim Chaah Bahru (Mukim XVII)
  • Mukim Sri Medan (Mukim XVIII)

Pihak Berkuasa Tempatan
Semua mukim dan kampung ditadbir oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat dan Majlis Daerah Yong Peng. Sebelum itu dikenali sebagai Majlis Daerah Batu Pahat dan Majilis Daerah Batu Pahat Timur msing-masing. Terdapat 525 buah kampung telah digazetkan.
Pada tahun 2008 kerajaan masih belum ada sebarang perancangan untuk menaik taraf Batu Pahat kepada sebuah Bandaraya walaupun pembangunan dan kemajuan di Batu Pahat sudah jauh meninggalkan Alor Star dan Kuala Terengganu yang mana kedua-dua sudah diiktiraf bandaraya.
Penduduknya seramai 335,368 orang terutama Melayu, Cina dan India. Lelaki seramai 169,087 dan perempuan 166,281 orang.
Antara pekan-pekan kecil dalam daerah Batu Pahat ialah:
Sebelah utara bandar Batu Pahat (jalan ke arah Muar); ialah Simpang Lima, Peserai, Parit Besar (Bagan), Semerah, Parit Sulong, Seri Medan, Tongkang Pecah,
Sebelah timur (jalan ke arah Kluang); ialah Seri Gading, Bandar Universiti, Parit Raja dan Ayer Hitam.
Sebelah selatan (arah ke Pontian) ialah Sungai Ayam, Sungai Suloh, Tanjung Labuh, Senggarang, Punggor, Rengit,
Batu Pahat mengalami pembangunan yang amat pesat mendahului Muar yang satu ketika dulu merupakan bandar kedua besar di Johor selepas Johor Bahru.  Beratus-ratus buat taman perumahan tumbuh sama ada di keliling bandar Batu Pahat atau di pekan-pekan kecil yang suatu ketika dahulu merupakan ‘pekan koboi’ seperti Parit Raja, Ayer Hitam, Rengit dan Parit Sulong.

Pendidikan
Kalau daerah Johor Bahru mempunyai sebuah IPTA yang ke 5 tertua di Malaysia (Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Batu Pahat merupakan daerah kedua di Johor mempunyai sebuah kampus utama dan tetap IPTA iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Parit Raja.  Sebuah lagi daerah yang mempunyai sebuah kampus cawangan ialah Segamat iaitu UITM Kampus Johor.
Dalam daerah Batu Pahat juga terdapat Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Hussein Onn, Pusat Latihan Teknologi Tinggi Lanjutan (ADTEC), Kolej Polytech MARA dan Kolej Komuniti kampus Batu Pahat.
Terdapat dua buah sekolah berasrama penuh di dalam daerah Batu Pahat, iaitu Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), dan SM Sains Batu Pahat.
Berbanding dalam tahun 70an, waktu itu daerah BP mempunyai kurang dari 20 buah sekolah Menengah.  Pada masa ini (2011) terdapat lebih 20 buah sekolah menengah yang diiktiraf oleh Kerajaan:
  • SM Teknik Batu Pahat
  • SMK Tinggi Batu Pahat, Jalan Zaharah
  • SMK Datuk Bentara Luar, Jalan Syed Salim
  • SMK Dato’ Onn, Simpang Lima
  • SMK Datin Onn Jaafar, Kg Kenangan Dato Onn
  • SMK Seri Gading
  • SMK Munshi Sulaiman, Jalan Kluang
  • SMK Convent,Jalan Tan Swee Hoe
  • SMK Perempuan Temenggung Ibrahim
  • SMK Tun Aminah, Jalan Kluang
  • SMK Senggarang
  • SMJK China Batu Pahat
  • SMK Tunku Mahmood Iskandar, Senggarang
  • SMK Tun Ismail, Parit Raja
  • SMK Dato Sulaiman, Parit Sulong
  • SMK Tun Sardon, Rengit
  • SMK Yong Peng
  • SMK Datuk Menteri, Ayer Hitam
  • SMK Dato Seth, Yong Peng-Muar
  • SMK Seri Medan
  • SMK Penghulu Saat, Parit Sulong
  • SMK Tunku Putra, Tongkang Pechah
  • SMK Datuk Syed Esa, Jalan Indah
  • SMK Banang Jaya, Taman Banang
  • SMJK China, Rengit
  • SMK Semerah
  • SMK Permata Jaya, Rengit
  • SM Agama Arab Parit Raja
  • SM Agama Arab Senggarang
  • SM Agama Arab Parit Sulong
  • SM Agama Arab Tarbiyyah Islamiyah Batu Pahat

Perkhidmatan
Pengangkutan
Batu Pahat tidak mempunyai jaringan keretapi. Namun demikian pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan kereta api melalui stesen KTM terdekat, iaitu Kluang, kira-kira 50 kilometer dari Bandar Batu Pahat.
Terdapat syarikat-syarikat bas yang beroperasi di Perhentian Bas Jalan Rugayah dari awal pagi sehinggalah lewat malam. Bas-bas tersebut menghubungkan pekan-pekan dalam Batu Pahat dan juga daerah-daerah lain yang menjadi jiran Batu Pahat serta ke bandaraya-bandaraya utama seperti Johor Bahru, Melaka, Kuala Lumpur, dan lain-lain bandar di semenanjung.
  • Syarikat Bas Antarabandar
  • Johore Motor Bus Co, Sdn Bhd
  • Costal Omnibus Co, Sdn Bhd
  • Syarikat Mayang Sari, Sdn Bhd
  • Syarikat Pengangkutan Maju, Bhd
  • Syarikat Tanjau Jaya Bus, Sdn Bhd
  • Syarikat Causeway Link, Sdn Bhd
  • Syarikat Intra Desa, Sdn Bhd
  • Syarikat Bas Ekspres
  • KKKL Ekspres Sdn Bhd
  • Transnasional Ekspres
  • Hasry Ekspres Sdn Bhd
  • Causeway Link Ekspres Sdn Bhd
  • S&S Internasional
  • Orchid Ekspres Sdn Bhd
  • SP Bumi
  • 707 Travel Group
  • Cepat Ekspres
  • SE Super

Terminal feri yang baru terletak di Minyak Beku menyediakan perkhidmatan pelabuhan Indonesia, seperti Tanjung Balai, Bengkalis dan Batam.
Hospital dan pusat penjagaan kesihatan utama.
  • Hospital Batu Pahat (Kerajaan)
  • Putra Specialist Hospital (swasta)
  • Pantai Specialist Hospital (swasta)

Kebudayaan

Kesenian

Lagu Joget Batu Pahat

Tanah Yang Indah Di Negeri Johor
Batu Pahat Daerah Makmur
Sungai Mengalir Ke Kuala
Dari Simpang Kanan Dan Kiri
DiHulu Sungai Kampunglah Medan
Parit Sulong, Pekan Nan Indah
Bukit Pasir dan Tongkang Pecah
Semerah Letak Di Utara

Chorus
Bandar Penggaram Tempat Berniaga
Ramai Yang Membeli Belah Disana
Pisang Salai Di Parit Raja
Air Hitam, Tempat Pelancong
Gunung Banang Tinggi Mengawan
Nampaklah Dari Bukit Soga
Istana Hinggap Sultan Johor
Raja Adil Daerah Makmur
Sri Gading Utuh Terbina
Rengit, Senggarang Tak Kurangnya
Minyak Beku Batu Di Pahat
Nama Diberi Sempenanya
Dahulu Kala Ia Dibuka
Oleh Dato' Bentara Luar
Satu Haribulan Januari
Satu Lapan Sembilan Empat

Penggubah lagu : Encik Zaidin Bin Hj. Noor (Batu Pahat)

Makanan

"Mee Bandung"

Mee Bandung Muar yang terletak berhadapan dengan Hotel Garden Batu Pahat. Untuk ke sana dari Bandar Muar, sebelum Jambatan Batu Pahat, "Benteng" terletak di sebelah kiri. Antara makanan yang popular di sini ialah "mee racun". Batu Pahat juga terkenal dengan pelbagai jenis sup yang boleh didapati di gerai yang terkenal di BP Walk.

Mee rebus dan nasi lemak
Ingin merasai kenikmatan mee rebus asli dan nasi lemak terbaik di Batu Pahat singgah ke sebuah warung kecil di Jalan Zabedah berdekatan Wisma Sing Long.

Tempat menarik
Benteng

"Benteng" merupakan suatu tempat makan yang terkenal di Batu Pahat dan terletak berdekatan dengan tebing Sungai Batu Pahat. Antara makanan yang popular adalah Nasi Beriyani Gam Mat Syah yang terletak di Benteng berhadapan dengan Hospital Pakar Putra (Putra Specialist Hospital).

BP Walk

Pada waktu malam pula, Batu Pahat terkenal dengan "BP Walk" iaitu sebuah kawasan sepanjang Jalan Rahmat yang penuh dengan bermacam-macam jenis gerai makanan termasuklah citarasa tempatan dan barat. BP walk dibuka sehingga 3 atau 4 pagi setiap hari. BP Walk ini juga telah menjadi tumpuan pengunjung dari Kluang, Muar, Pontian dan Air Hitam pada waktu malam.
Lain-lain

Terdapat juga berberapa tempat untuk membeli belah yang terkenal di sini seperti The Summit, Carrefour, The Store (Jalan Rugayah,The summit BP Mall (ke-4 terbesar di Johor) Squre One Mall, Farson Supermarket, Pacific Hypermarket, McDonald Drive Thru, dan Parkson. Terdapat juga tempat beriadah bersama keluarga iaitu BP Water Park yang terletak 2 km dari bandar Batu Pahat di sebelah kiri jalan menghala ke Tongkang Pecah.Terdapat lebih kurang 3 Pusat Bowling dengan lebih 30 lane setiap satu, terdapat 3 Panggung seperti MBO Cinaplex, Big Cinemaplex,dan GSC Cinema. Selain itu terdapat juga pusat-pusat hiburan seperti 2000 dan banyak lagi.

Industri

Batu Pahat turut terkenal sebagai pusat pembuatan barangan elektronik, pemprosesan makanan, pembalakkan kayu, pembuatan porselin, dan industri plastik, selain sebagai pengeksportan utama tekstil di Malaysia ke luar negara. Jeti Batu Pahat juga terkenal dengan sebagai salah satu jeti dalam "segi tiga emas" antara Indonesia dan Malaysia dalam pergerakan bahan rempah dan bahan mentah. Sebuah pelabuhan baru juga telah direncanakan untuk Batu Pahat bagi menangani permintaan pergerakan bahan mentah tersebut. Sebuah pelan yang bernilai lebih kurang RM 500.000.000 telah pun disediakan siap dengan prasarana yang sempurna.

Begitu juga dengan perusahaan dalam pembuatan makanan seperti kilang membuat biskut. Antaranya Munchy's, Hup Seng, dan Hwa Tai. Terdapat juga pelaburan asing di Batu Pahat seperti Sharp Roxy, Sony, Fujitsu, Hitachi, and Mitsumi. Dan terdapat 20 syarikat tersenarai dalam Bursa Malaysia: Harta Packaging, PCCS, Baneng Holdings, S&P, Sharp Roxy, Ramatex, Southex, Prolexus, Fujitsu, Hitachi, Yong Tai, Hwa Tai, AE, Kia Lim, Kayu Wangi, Hup Seng, Xiang Leng, Magnum, SKP, SPI Plastics, BP Plastics, Cheng Yap Sdn Bhd. dan Fast Track Solutions Bhd.

Nostalgia Sekolah Menengah di Batu Pahat

Antara sekolah menengah (selain STBP) yang agak terkenal di Batu Pahat pada tahun 70an ialah Sek Men Perempuan Temenggung Ibrahim (TIGS) dan Sek Men Dato' Bentara Luar (SDBL). Stadium Jalan Ampuan, Batu Pahat juga ada signifikannya tersendiri. Setiap tahun stadium ini merupakan gelanggang pertandingan olahraga antara sekolah-sekolah menengah (MSSD) seluruh daerah Batu Pahat. Malah, jodohku juga bermula di sini. Cinta pandang pertama (tahun 1975) di atas padang inilah yang membawa aku dan isteriku (Adibah) ke jinjang pelamin. Waktu itu, aku dalam Tingkatan 4 (lihat tajuk MY MARRIAGE).

 
SM(P) Temenggung Ibrahim (TIGS)



  
Satu lagi peritiwa penting di Batu Pahat berlaku pada 16 Okt 1980 sekumpulan penganut agama sesat yang diketuai oleh seorang yang mengaku sebagai Nabi Isa telah menyerang Balai Polis BP dan mencederakan ramai orang. Dua penyerang mati ditembak.

Balai Polis Batu Pahat

.
.
.



Bandar BP dari udara


Dataran Batu Pahat di Jalan Rahmat

Isnin, 3 November 2014

program ziarah kasih di dun rengit bersama umno batu pahat
Dengarkan Radio pemudabp FM di Telefon Mudah alih anda seperti iPhone, Blackberry dan Android!! Cara-Caranya :-
1) PERGI KE PLAY STORE
2) MUAT TURUN APP (TUNEIN RADIO) KE TELEFON BIMBIT ANDA
3) CARI @ SEARCH TAIPKAN SAHAJA (radio pemudabpfm )
4) TERUS DENGARKAN KAMI DI pemudbpfm.... Selamat Mendengar.. http://tunein.com/radio/radio-pemudabpfm-s234661/

program big screen di dataran batu pahat pada final oppo piala malaysia yang di anjurkan oleh pergerakkan pemuda umno batu pahat bersama majlis perbandaran batu pahat.taniah di ucap kan kepada pemenang bertuah dan terima kasih kepada semua yang hadir.tidak lupa juga kepada rakan-rakan pemuda umno batu pahat yang sama-sama membantu bagi melancar kan perjalanan program.